Solat itu (amalan) zahir buat mereka, maka mereka menerimanya

TEKS BAHASA ARAB

ظهرت لهم الصلاة فقبلوها، وخفيت لهم الزكاة فأكلوها، أولئك هم المنافقون.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Solat itu (amalan) zahir buat mereka, maka mereka menerimanya. Sedangkan zakat itu (amalan) tersembunyi buat mereka, maka mereka memakannya (tidak menunaikannya). Mereka itulah golongan munafik.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 307, hadis nombor 1619. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عمر – رضي الله عنهما -، مرفوعًا: ((ظهرت لهم الصلاة فقبلوها، وخفيت لهم الزكاة فأكلوها، أولئك هم المنافقون)). [البزار، ((الضعيفة)) (5070)].

(Palsu) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Solat itu (amalan) zahir buat mereka, maka mereka menerimanya. Sedangkan zakat itu (amalan) tersembunyi buat mereka, maka mereka memakannya (tidak menunaikannya). Mereka itulah golongan munafik.” [Riwayat Al-Bazzar dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5070].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs