TEKS BAHASA ARAB
صلاة الهجير مثل صلاة الليل.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Solat pada waktu matahari tergelincir (al-hajir) sama seperti solat malam hari.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 306, hadis nombor 1618. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الرحمن بن عوف – رضي الله عنه -، مرفوعًا: ((صلاة الهجير مثل صلاة الليل)). فسألت عبد الرحمن بن حميد عن (الهجير)؟ فقال: إذا زالت الشمس. [طب، ((الضعيفة)) (5054)].
(Lemah) Daripada Abdul Rahman bin ‘Auf RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Solat pada waktu matahari tergelincir (al-hajir) sama seperti solat malam hari.” Lalu saya bertanya kepada Abdul Rahman bin Humayd tentang al-hajir. Beliau berkata: “Apabila matahari tergelincir.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5054].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.