Solat awal waktu mendapat keredhaan Allah

TEKS BAHASA ARAB

أول الوقت رضوان الله وآخر الوقت عفو الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Solat awal waktu mendapat keredhaan Allah dan solat akhir waktu mendapatkan kemaafan Allah.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 59, hadis nombor 35. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

باطل.
أخرجه الترمذي (172) ، والدارقطني (249) ، وابن عدي في الكامل (7/ 2606) والحاكم (1/ 189) والبيهقي (1/ 435) وابن الجوزى في الواهيات (1/ 388) من طريق يعقوب بن الوليد، عن عبد الله بن عمر، عن نافع عن ابن عمر مرفوعا فذكره. قال ابن حبان في المجروحين (3/ 138) : ما رواه إلا يعقوب بن الوليد المدني. قلت: وهو كذاب كان يضع الحديث على الثقات. قال أحمد كان من الكذابين الكبار. وقال الحاكم: يعقوب بن الوليد هذا شيخ من أهل المدينة، سكن بغداد، وليس من شرط هذا الكتاب، إلا أنه شاهد. قلت: وهذا مما يعاب عليكم، فالشاهد كالعاضد لا يستشهد به إلا أن كان فيه قوة، أو بعضها، ولكن هذا ساقط، ولذا تعقبه الذهبي بقوله: يعقوب كذاب وقال ابن عدي هذا حديث بهذا الإسناد باطل . ولكن له شاهد من حديث أنس. أخرجه ابن عدي (2/ 509) وعنه ابن الجوزي في الواهيات (1/ 388) من طريق بقية بن الوليد عن عبد الله مولى عثمان بن عفان، حدثني عبد العزيز، حدثني محمد بن سيرين عن أنس بن مالك فذكره مرفوعا. قال ابن عدي: وهذا بهذا الإسناد لا يرويه غير بقية وهو من الأحاديث التي يحدث بها بقية عن المجهولين؛ لأن عبد الله مولى عثمان وعبد العزيز الذي ذكر في هذا الإسناد لا يعرفان. وتبعه ابن الجوزى. وشاهد آخر من حديث أبي محذورة رضي الله عنه أخرجه ابن عدي (1/ 255) من طريق إبراهيم بن زكريا، ثنا إبراهيم بن أبي محذورة، مؤذن مسجد مكة، قال حدثني أبي عن جدي مرفوعا فذكره. قال ابن عدي: وهذا الحديث بهذا الإسناد يرويه إبراهيم بن زكريا. قلت: وإبراهيم كان يحدث عن الثقات بالبواطيل كما قال ابن عدي. قال ابن حبان: يأتي عن الثقات بما لا يشبه حديث الإثبات، إن لم يكن بالمتعمد، فهو المدلس عن المكذبين. ثم ساق له أباطيل. وبالجملة: فالحديث ضعيف جدا، بل قال أبو حاتم: موضوع كما في نصب الراية (1/ 127) فلذا عجب الشيخ أبو الأشبال المحدث رحمه الله في شرح الترمذي (1/ 322) من الإمام الشافعي أن يورده بغير إسناد في عدة كتب له، محتجا به، ثم قال الشيخ أبو الأشبال: هو حديث باطل كما نص عليه العلماء الحفاظ أ. هـ‍. والله أعلم.

Batil. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-Tirmizi (172), al-Daraqutni (249), Ibn ‘Adi dalam al-Kamil (7/2606), al-Hakim (1/189), al-Baihaqi (1/435) dan Ibn al-Jawzi dalam al-Wahiyat (1/388) melalui sanad Ya’qub bin al-Walid daripada Abd Allah bin ‘Umar daripada Nafi’ daripada Ibn ‘Umar secara marfu’, lalu beliau menyebutkan hadith tersebut. Ibn Hibban berkata dalam al-Majruhin (3/138): "Tidak meriwayatkan hadith tersebut kecuali Ya’qub bin al-Walid al-Madani".
Saya berkata: Beliau seorang kaki dusta yang selalu mereka-reka hadith atas nama perawi-perawi thiqah. Ahmad berkata: "Beliau termasuk dalam kalangan pendusta besar". Al-Hakim berkata: "Ya’qub bin al-Walid ini merupakan seorang Syeikh daripada penduduk Madinah. Beliau telah menetap di Baghdad, beliau tidak menepati syarat kitab ini, namun beliau sebagai penyokong…".
Saya berkata: Ini adalah antara perkara yang dikritik. Riwayat yang menyokong adalah seperti penguat, tidak boleh dijadikan sokongan kecuali sekiranya perawi dalam sanad tersebut kuat atau sebahagiannya. Namun, perawi ini Saqit (Terlalu Dha’if). Oleh kerana itu, al-Zahabi berkomentar dengan katanya: "Ya’qub kaki dusta". Ibn ‘Adi berkata: "Hadith ini melalui sanad ini adalah Batil". Namun, ianya mempunyai riwayat sokongan melalui hadith Anas. Ianya telah dikeluakan oleh Ibn ‘Adi (2/509) dan Ibn al-Jawzi meriwayatkan melalui Ibn ‘Adi dalam al-Wahiyat (1/388) melalui sanad Baqiyyah bin al-Walid daripada Abd Allah mawla ‘Uthman bin ‘Affan, katanya ‘Abdul ‘Aziz telah menceritakan kepadaku, katanya Muhammad bin Sirin telah menceritakan kepadaku daripada Anas bin Malik, lalu beliau pun menyebutkannya secara marfu’.
Ibn ‘Adi berkata: "Hadith ini melalui sanad ini tidak diriwayatkan oleh selain Baqiyyah. Ianya termasuk hadith-hadith yang Baqiyyah riwayatkan daripada perawi-perawi majhul, kerana Abd Allah mawla ‘Uthman dan ‘Abdul ‘Aziz yang tersebut dalam sanad ini adalah dua perawi yang tidak dikenali…". Ibn al-Jawzi mengikuti Ibn ‘Adi. Riwayat sokongan lain adalah daripada hadith Abu Mahzurah RA. Ianya telah dikeluarkan oleh Ibn ‘Adi (1/255) melalui sanad Ibrahim bin Zakariya, katanya Ibrahim bin Abi Mahzurah telah menceritakan kepada kami, beliau tukang azan masjid Makkah, katanya ayahku telah menceritakan kepadaku daripada datukku secara marfu’..lalu beliau menyebutkan hadith tersebut. Ibn ‘Adi berkata: "Hadith ini melalui sanad ini diriwayatkan oleh Ibrahim bin Zakariya". Saya berkata: Ibrahim sering meriwayatkan daripada perawi-perawi thiqah hadith-hadith yang Batil (karut) sebagaimana disebutkan oleh Ibn ‘Adi. Ibn Hibban berkata: "Beliau meriwayatkan daripada perawi-perawi thiqah hadith-hadith yang tidak mirip hadith perawi-perawi yang thabit sekalipun ianya tidaklah muktamad. Beliau adalah perawi yang melakukan Tadlis daripada para pendusta". Kemudian beliau membawakan hadith-hadithnya yang batil.
Kesimpulannaya, hadith tersebut adalah dha’if jiddan, bahkan Abu Hatim berkata: "Mawdhu" sebagaimana dalam Nasb al-Rayah (1/127). Oleh itu, peliknya al-Syeikh al-Muhaddith Abu al-Ashbal RH dalam Syarh al-Tirmizi (1/322) daripada al-Imam al-Shafi’ei, beliau membawakannya tanpa sanad dalam beberapa kitab beliau (Abu al-Ashbal) dengan menjadikannya sebagai hujjah, kemudian beliau berkata: "Ianya hadith yang batil sebagaimana disebutkan oleh ulama’ huffaz…". Wallahua’lam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.