Sikap lemah lembut memberikan penambahan darjat dan keberkatan

TEKS BAHASA ARAB

الرفق فيه الزيادة والبركة ومن يحرم الرفق يحرم الخير.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sikap lemah lembut memberikan penambahan darjat dan keberkatan. Sesiapa yang terhalang sikap lemah lembut (dalam dirinya), maka dia terhalang terhadap kebaikan.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 67, hadis nombor 47. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف جدا.
أخرجه الطبراني في الكبير (2458/ 2 / 348) من طريق عمرو بن ثابت عن عمه عن أبي بردة عن جرير بن عبد الله فذكره مرفوعا.
قلت: وهذا سند ساقط، وعمرو بن ثابت تالف. تركه النسائي. وقال ابن معين: ليس بثقة ولا مأمون. وقال ابن حبان: يروى الموضوعات.

Dha’if Jiddan (Sangat lemah). Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-Tabarani dalam al-Kabir (2/348/2458) melalui sanad ‘Amr bin Thabit daripada bapa saudaranya daripada Abu Burdah daripada Jarir bin ‘Abdillah, lalu beliau menyebutkan hadith tersebut secara marfu’. Saya berkata: Sanad ini Saqit (Gugur kelayakan untuk berhujjah). ‘Amr bin Thabit seorang Talif (Perosak Hadith). Al-Nasa’ei telah meninggalkan riwayat beliau. Ibn Ma’in pula berkata: "Beliau tidak thiqah dan tidak boleh dipercayai". Ibn Hibban berkata: "Beliau meriwayatkan hadith-hadith palsu".

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs