Sesiapa yang memohon kemaafan kepada saudaranya, tetapi saudaranya tidak menerima permohonan maaf itu

TEKS BAHASA ARAB

من اعتذر إلى أخيه معذرة فلم يقبلها فإنه عليه مثل خطيئة صاحب مكس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang memohon kemaafan kepada saudaranya, tapi saudaranya tidak menerima permohonan maaf itu, maka dia menanggung dosa seperti dosa pemungut cukai (tanpa cara yang hak).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 66, hadis nombor 46. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه أبو داود في المراسيل كما في أطراف المزي (447/ 2) والإصابة (1/ 525) وابن ماجه (3718) والطبراني في الكبير (2/ 275- 276) وابن حبان في روضة العقلاء (ص 182- 183) والضياء في المختارة كما في الجامع الصغير (6/ 73) والخطيب في السابق واللاحق (ص – 104) من طريق ابن جريج عن العباس بن عبد المطلب عن مينا عن جودان مرفوعا فذكره.
قلت: وهذا سند ضعيف وله علتان الأولى: تدليس ابن جريج قال ابن حبان: أنا خائف أن يكون ابن جريج رحمه الله ورضوانه عليه دلس هذا الخبر وإن كان سمعه فهو حديث حسن غريب. الثانية: جودان هذا مختلف في صحته كما قال الحافظ العراقي ونقله المناوي في الفيض (6/ 73) عنه وجزم بأنه لا صحبة له أبو داود إذ أورد حديثه هذا في المراسيل وكذا أبو حاتم: مجهول وليست له صحبه. وراجعت الجرح والتعديل (1/ 1/ 545) ولم أجد هذه العبارة فيه فلعلها في كتاب آخر وأورد الحافظ احتمالا آخر. فقال في الإصابة (1/ 525) : ويحتمل أن يكون جودان العبدي غير هذا الراوي الذي اتفق أبو داود وأبو حاتم على أن حديثه مرسل.أ. هـ‍. وهذا احتمال لا يخفى بعده، ولا دليل عليه. والله أعلم. وقد أيد الإرسال الحافظ البوصيري في مصباح الزجاجة (175/3) وعليه فقول الحافظ المنذري في الترغيب (3/ 293) : رواه أبو داود في المراسيل وابن ماجه بإسنادين جيدين لا يخفى ما فيه من البعد وقد ذكرت ما يمنع من صحة كلام المنذري رحمه الله، والله أعلم.

Dha’if (Lemah). Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Abu Daud dalam al-Marasil – sebagaimana dalam Atraf al-Mizzi (2/447) dan al-Isabah (1/525) -, Ibn Majah (3718), al-Tabarani dalam al-Kabir (2/275-276), Ibn Hibban dalam Raudhah al-‘Uqala’ (hlm. 182-183), al-Dhiya’ dalam al-Mukhtaarah – sebagaimana dalam al-Jami’ al-Saghir (6/73), dan al-Khatib dalam al-Sabiq Wa al-Lahiq (hlmn 104) melalui Sanad Ibn Juraij daripada al-‘Abbas bin ‘Abd al-Muttalib daripada Mina’ daripada Judan secara marfu’, lalu beliau menyebutkan hadith tersebut.
Saya berkata: Ini adalah sanad yang dha’if kerana dua kecacatan. Pertama: Ibn Juraij melakukan Tadlis. Ibn Hibban berkata: "Aku bimbang jika Ibn Juraij r.h melakukan Tadlis terhadap hadith ini. Jika beliau mendengar hadith ini, maka ianya hadith hasan gharib". Kedua: Judan ini berlaku khilaf tentang statusnya sebagai sahabat sebagaimana kata al-Hafiz al-‘Iraqi dan dinukilkan dalam al-Faidh (6/73) daripada al-‘Iraqi. Abu Daud pula menyebutkan dengan pasti bahawa Judan bukan berstatus sahabat kerana beliau telah memasukkan hadith ini dalam al-Marasi, begitu juga Abu Hatim berkata: "Majhul, beliau tidak berstatus sahabat". Rujuk al-Jarh Wa al-Ta’dil (1/1/545), namun saya tidak menemui ungkapan tersebut dalam kitab tersebut. Berkemungkinan ianya berada dalam kitab lain.
Al-Hafiz pula mengemukakan kemungkinan yang lain, dalam al-Isabah (1/525) beliau berkata: "Berkemungkinan Judan al-‘Abdi bukanlah perawi ini yang disepakati oleh Abu Daud dan Abu Hatim bahawa hadithnya mursal". Namun, kemungkinan ini tidak tersembunyi lagi bahawa ianya jauh (daripada kenyataan) dan tidak ada sandaran dalil. Wallahua’lam. Al-Hafiz al-Busiri dalam Misbah al-Zujajah (3/175) menguatkan bahawa ianya mursal, Juga, kata al-Hafiz al-Munziri dalam al-Targhib (3/293): "Abu Daud telah meriwayatkannya dalam al-Marasil, juga Ibn Majah dengan dua sanad yang jayyid (bagus)". Tidak tersembunyi lagi ianya adalah jauh (daripada kenyataan). Telah saya sebutkan sebab yang menghalang untuk dianggap betul kalam al-Munziri tersebut. Wallahua’lam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs