TEKS BAHASA ARAB
الحياء شعبة من الإيمان، ولا إيمان لمن لا حياء له.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sifat malu itu sebahagian daripada iman, dan tiada keimanan bagi yang tidak memiliki sifat malu.
STATUS
Batil Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 528, hadis nombor 2798. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل منکر) عن عم مجمع بن جارية – رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: «الحياء شعبة من الإيمان، ولا إيمان لمن لا حياء له».
[أورده الماوردي في «الأمثال»، «الضعيفة»، (5644)].
(Batil Munkar) Daripada Bapa Saudara Mujammi’ ibn Jāriah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sifat malu itu sebahagian daripada iman, dan tiada keimanan bagi yang tidak memiliki sifat malu.
[Riwayat al-Māwardī dalam kitab al-Amthāl. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5644]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.