TEKS BAHASA ARAB
من كثرت صلاته في الليل حسن وجهه في النهار.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Siapa yang banyak solatnya pada waktu malam, baik wajahnya pada waktu siang.
STATUS
Tiada Asal
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 192, hadis nombor 360. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
لا أصل له. وهو موضوع من غير قصد واتفق الحفاظ على أنه من قول شريك، قاله لثابت لما دخل عليه.
Tiada asal baginya dan ia palsu dari tak sengaja. Para huffaz sepakat bahawa ia adalah daripada kata-kata Sharik, dia mengucapkannya kepada Thabit ketika dia masuk menemuinya.
RUJUKAN
Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.