Siapa yang qada satu solat daripada solat-solat fardu

TEKS BAHASA ARAB

من قضى صلاة من الفرائض في آخر جمعة من شهر رمضان كان ذلك جابرا لكل صلاة فاتته في عمره إلى سبعين سنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Siapa yang qada satu solat daripada solat-solat fardu di Jumaat terakhir pada bulan Ramadhan, perkara tersebut menjadi tampungan untuk setiap solat yang dia tinggalkan dalam hidupnya hingga dia berusia tujuh puluh tahun.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 191, hadis nombor 358. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

باطل قطعا لأنه مناقض للإجماع على أن شيئا من العبادات لا يقوم مقام فائتة سنوات. ثم لا عبرة بنقل (النهاية) ولا شراح (الهداية)، فإنهم ليسوا من المحدثين، ولا أسندوا الحديث إلى أحد من المخرجين.

Batil secara pasti kerana ia bertentangan dengan ijma’ bahawa sesuatu daripada ibadah tidak boleh menggantikan tempat ibadat yang dia tinggalkan selama bertahun-tahun kemudian. Kemudian tidak dikira (hadis ini) walaupun ia terdapat dalam nukilan kitab al-Nihayah dan nukilan pensyarah-pensyarah kitab al-Hidayah kerana mereka bukan golongan Muhaddithin dan mereka juga tidak menyandarkannya kepada seorang pun daripada perawi hadis (bersanad).

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.