Setiap tahun, kamu makin bertambah hina

TEKS BAHASA ARAB

كل عام ترذلون.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Setiap tahun, kamu makin bertambah hina.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 71, hadis nombor 292. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

هو في كلام الحسن البصري. وسئل ابن حجر عن هذا اللفظ وأن عائشة قالت لولا كلمة سبقت من رسول الله صلى الله عليه وسلم لقلت: كل يوم ترذلون، فقال: لا أصل له بهذا اللفظ. انتهى وفي معناه حديث البخاري عن أنس: لا يأتي عليكم زمان إلا والذي بعده شر منه حتى تلقوا ربكم، ولغيره: لا يأتي عام، وفي الباب غير ذلك.

Ia terdapat dalam ucapan al-Hasan al-Basri. Ibn Hajar pernah ditanya berkenaan lafaz ini, dan ‘Aishah berkata: "Kalaulah bukan ucapan yang aku ambil daripada Rasulullah SAW, pasti aku katakan: Setiap tahun, kamu makin bertambah hina", jawab Ibn Hajar: "Tidak ada asalnya dengan lafaz ini".
Semakna dengannya adalah hadith al-Bukhari daripada Anas: "Tidak akan datang kepada kamu satu zaman melainkan zaman selepasnya adalah lebih teruk berbanding sebelumnya hinggalah kamu bertemu Tuhan kamu" dan hadith riwayat lain dengan lafaz: "Tidak akan datang suatu tahun", dalam bab tersebut adanya hadith-hadith selain itu.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs