TEKS BAHASA ARAB
كل ممنوع حلو.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Semua perkara yang dilarang adalah sedap.
STATUS
Tidak diketahui
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 71, hadis nombor 295. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
لا يعرف بهذا وفي معناه: إن ابن آدم لحريص على ما منع.
Tidak diketahui dengan lafaz ini namun semakna dengannya: "Sesungguhnya anak Adam benar-benar menginginkan perkara yang dilarang".
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.