TEKS BAHASA ARAB
كل عام ترذلون.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Setiap tahun itu kalian (akan bertambah) dihina.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 103, hadis nombor 88. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
هو من كلام الحسن البصري.
في البخاري: "لا يأتي زمان إلا والذي بعده شر منه".
Ia merupakan ucapan al-Hasan al-Basri.
Dalam (Sahih) al-Bukhari (ada diriwayatkan): Tidaklah tiba suatu zaman melainkan yang berikutnya adalah lebih buruk daripadanya.
RUJUKAN
Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.