Aku telah menjadi nabi sedangkan Adam (ketika itu) berada antara air dan tanah. Aku juga telah menjadi nabi sedangkan (ketika itu) tiada Adam, tiada air, dan tiada tanah

TEKS BAHASA ARAB

كنت نبيا وآدم بين الماء والطين، كنت نبيا ولا آدم ولا ماء ولا طين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku telah menjadi nabi sedangkan Adam (ketika itu) berada antara air dan tanah. Aku juga telah menjadi nabi sedangkan (ketika itu) tiada Adam, tiada air, dan tiada tanah.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 104, hadis nombor 89. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن تيمية: هذا اللفظ كذب باطل.
ولكن في الترمذي: (متى كنت نبيا؟ قال: "وآدم بين الروح والجسد").
وفي آخر: "إني لعند الله مكتوب خاتم النبيين وإن آدم لمنجدل في طينته".

Ibn Taimiyyah telah berkata: Lafaz ini adalah dusta dan batil. Namun di dalam (Sunan) al-Tirmizi (ada riwayat): "Bilakah kamu menjadi Nabi? Baginda menjawab: Sedangkan Adam antara roh dan jasad.
Pada (riwayat) yang lain pula: "Sesungguhnya aku telahpun tertulis di sisi Allah sebagai penutup para nabi, sedangkan Adam sedang dijalinkan pada tanahnya".

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.