Setiap nabi ada khalil (kekasih)

TEKS BAHASA ARAB

لكل نبي خليل في أمته وإن خليلي عثمان بن عفان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Setiap nabi ada khalil (kekasih) dalam kalangan umatnya dan khalilku adalah ‘Uthman.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 67, hadis nombor 375. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ia melalui riwayat Ishaq bin Najih al-Malati, beliau salah seorang pendusta tegar. Peliknya dalam hadith yang dikeluarkan dalam kitab sahih yang disepakati kesahihannya, Nabi SAW menafikan adanya khalil lain selain Rab baginda; iaitu kalaulah boleh mengambil dalam kalangan manusia sebagai khalil, pastilah baginda akan mengambil Abu Bakr. Kemudian si al-Malati yang jahil ini mereka-reka hadith yang bercanggah dengannya. Adapun demikian, penulis (al-Suyuti) tetap menyangka bahawa ia hadith yang tidak diriwayatkan secara berseorangan oleh perawi pendusta atau pemalsu hadith.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.