Sekiranya gunung bersikap melampau terhadap gunung yang lain

TEKS BAHASA ARAB

لو بغى جبل على جبل لدك الباغي منهما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya gunung bersikap melampau terhadap gunung yang lain, pasti gunung yang melampau daripada kedua gunung tersebut akan binasa.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 67, hadis nombor 377. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ibn Hibban juga meriwayatkannya dalam al-Dhu’afa’ di bawah biografi Ahmad bin Muhammad bin al-Fadhl al-Qaisi melalui hadith Anas, seraya beliau berkata: Palsu. Saya berkata bahawa Ibn Wahb turut mengeluatkannya dalam Jami’ beliau dalam potongan yang bercetak daripada sebahagian Jami’ tersebut dan al-Bukhari dalam al-Adab daripada Ibn ‘Abbas melalui kata-kata beliau, ia yang tepat.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.