TEKS BAHASA ARAB
[إن] أول شيء خلق الله القلم، ثم خلق بعده النون، وهي الدواة، ثم قال – سبحانه وتعالى -: اكتب. فقال: وما أكتب؟ قال: جل وعلا: اكتب ما يكون من عمل أو أثر، أو رزق، [أو أجل]. فكتب ما يكون وما هو كائن إلى يوم القيامة؛ فذلك قوله – عز وجل -: {نٓۚ وَٱلۡقَلَمِ وَمَا يَسۡطُرُونَ}، ثم ختم جل وعلا على القلم فلم ينطق، ولا ينطق إلى يوم القيامة، [ثم خلق العقل فقال: وعزتي! لأكملنك فيمن أحببت، ولأنقصنك فيمن أبغضت.
TEKS BAHASA MALAYSIA
[Sesungguhnya] benda pertama yang Allah ciptakan ialah pena, kemudian Dia menciptakan al-Nūn setelah itu, iaitu bekas dakwat, kemudian Allah SWT berfirman: "Tulislah". Maka pena itu bertanya: “Apakah yang aku perlu tulis?” Allah Jalla Wa ‘Ala menjawab: "Tulislah segala amalan, jejak, rezeki [atau ajal] yang akan berlaku”. Maka pena pun menulis apa yang akan berlaku dan apa yang telah berlaku sehinggalah hari kiamat. Maka itulah firman Allah Azzawajalla: "Nūn. Demi Pena dan apa yang mereka tulis". Kemudian Allah Jalla Wa ‘Ala memberhentikan pena maka ia tidak berbicara dan ia tidak akan berbicara sehinggalah hari kiamat nantinya. [Kemudian Dia menciptakan akal lalu berfirman: "Demi kemuliaan-Ku! Aku pasti akan menyempurnakan dirimu (akal) bagi mereka yang Aku cintai dan Aku akan mengurangkanmu bagi sesiapa yang Aku murkai".
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 537, hadis nombor 2834. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منکر) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «[إن] أول شيء خلق الله القلم، ثم خلق بعده النون، وهي الدواة، ثم قال – سبحانه وتعالى -: اكتب. فقال: وما أكتب؟ قال: جل وعلا: اكتب ما يكون من عمل أو أثر، أو رزق، [أو أجل]. فكتب ما يكون وما هو كائن إلى يوم القيامة؛ فذلك قوله – عز وجل -: {نٓۚ وَٱلۡقَلَمِ وَمَا يَسۡطُرُونَ}، ثم ختم جل وعلا على القلم فلم ينطق، ولا ينطق إلى يوم القيامة، [ثم خلق العقل فقال: وعزتي! لأكملنك فيمن أحببت، ولأنقصنك فيمن أبغضت». [الآجري في «الشريعة»، ابن عساکر، «الضعيفة» (6309)].
(Munkar) Daripada Abū Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: [Sesungguhnya] benda pertama yang Allah ciptakan ialah pena, kemudian Dia menciptakan al-Nūn setelah itu, iaitu bekas dakwat, kemudian Allah SWT berfirman: "Tulislah". Maka pena itu bertanya: “Apakah yang aku perlu tulis?” Allah Jalla Wa ‘Ala menjawab: "Tulislah segala amalan, jejak, rezeki [atau ajal] yang akan berlaku”. Maka pena pun menulis apa yang akan berlaku dan apa yang telah berlaku sehinggalah hari kiamat. Maka itulah firman Allah Azzawajalla: "Nūn. Demi Pena dan apa yang mereka tulis". Kemudian Allah Jalla Wa ‘Ala memberhentikan pena maka ia tidak berbicara dan ia tidak akan berbicara sehinggalah hari kiamat nantinya. [Kemudian Dia menciptakan akal lalu berfirman: "Demi kemuliaan-Ku! Aku pasti akan menyempurnakan dirimu (akal) bagi mereka yang Aku cintai dan Aku akan mengurangkanmu bagi sesiapa yang Aku murkai". [Riwayat al-Ājurrī dalam al-Sharī‘ah dan Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6309].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.
benda pertama yang Allah ciptakan ialah pena, kemudian Dia menciptakan al-Nūn setelah itu, iaitu bekas dakwat]