Sesungguhnya Allah Azzawajalla turun ke langit dunia, dalam keadaan pada setiap langit ada Kursi bagi-Nya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله – جل وعز – ينزل إلى سماء الدنيا، وله في كل سماء كرسي، فإذا نزل إلى سماء الدنيا؛ جلس على كرسيه، ثم مد ساعديه فيقول: من ذا الذي يقرض غير عادم ولا ظلوم؟ من ذا الذي يستغفرني فأغفر له؟ من ذا الذي يتوب فأتوب عليه؟ فإذا كان عند الصبح؛ ارتفع، فجلس على كرسيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah Azzawajalla turun ke langit dunia, dalam keadaan pada setiap langit ada Kursi bagi-Nya. Maka apabila Dia turun ke langit dunia, Dia akan bersemayam di Kursi-Nya kemudian Dia merentangkan kedua-dua lengan-Nya lalu berfirman: “Siapakah yang memberi hutang kepada (Tuhan) yang tidak miskin dan tidak zalim (iaitu melakukan amal soleh)? Siapakah yang memohon pengampunan kepada-Ku maka Aku ampuninya? Siapakah yang ingin bertaubat dan Aku menerima taubatnya?”. Lalu apabila menjelang waktu pagi, Dia akan meninggi dan bersemayam di atas Kursi-Nya.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 536-537, hadis nombor 2833. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل بذكر (الكرسي والجلوس)) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – عن النبي ﷺ قال: «إن الله – جل وعز – ينزل إلى سماء الدنيا، وله في كل سماء كرسي، فإذا نزل إلى سماء الدنيا؛ جلس على كرسيه، ثم مد ساعديه فيقول: من ذا الذي يقرض غير عادم ولا ظلوم؟ من ذا الذي يستغفرني فأغفر له؟ من ذا الذي يتوب فأتوب عليه؟ فإذا كان عند الصبح؛ ارتفع، فجلس على كرسيه». [ابن منده في «الرد على الجهمية»، «الضعيفة» (6334)].

(Bāṭil Dengan Sebutan “Kursi” dan “semayam”) Daripada Abū Hurairah RA, daripada Nabi ﷺ, baginda bersabda: Sesungguhnya Allah Azzawajalla turun ke langit dunia, dalam keadaan pada setiap langit ada Kursi bagi-Nya. Maka apabila Dia turun ke langit dunia, Dia akan bersemayam di Kursi-Nya kemudian Dia merentangkan kedua-dua lengan-Nya lalu berfirman: “Siapakah yang memberi hutang kepada (Tuhan) yang tidak miskin dan tidak zalim (iaitu melakukan amal soleh)? Siapakah yang memohon pengampunan kepada-Ku maka Aku ampuninya? Siapakah yang ingin bertaubat dan Aku menerima taubatnya?”. Lalu apabila menjelang waktu pagi, Dia akan meninggi dan bersemayam di atas Kursi-Nya. [Riwayat Ibn Mandah dalam al-Radd ‘alā al-Jahmiyyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6334].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.