Sesungguhnya bagi silaturahim itu ada hak, tetapi aku menghadiahkan kepadamu emas itu kerana pujianmu yang baik kepada Allah

TEKS BAHASA ARAB

إن للرحم حقاً، ولكن وهبت لك الذهب؛ لحسن ثنائك على الله عز وجل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya bagi silaturahim itu ada hak, tetapi aku menghadiahkan kepadamu emas itu kerana pujianmu yang baik kepada Allah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1489-1490, hadis nombor 7598. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس: أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – مر بأعرابي وهو يدعو في صلاته؛ وهو يقول يا من لا تراه العيون، ولا تخالطه الظنون، ولا يصفه الواصفون، ولا تغيره الحوادث، ولا يخشى الدوائر! بعلم مثاقيل الجبال، ومكاييل البحار، وعدد قطر الأمطار، وعدد ورق الأشجار، وعدد ما أظلم عليه الليل وأشرق عليه النهار، لا تواري منه سماء سماء، ولا أرض أرضاً، ولا بحر ما في قعره، ولا جبل ما في وعره! اجعل خير عمري آخره، وخير عملي خواتمه، وخير أيامي يوم ألقاك فيه. فوكل رسول الله – صلى الله عليه وسلم – بالأعرابي رجلاً فقال: “إذا صلى فأتني به”. فلما صلى أتاه، وقد كان أهدي لرسول الله – صلى الله عليه وسلم – ذهب من بعض المعادن، فلما أتاه الأعرابي وهب له الذهب، وقال: “ممن أنت يا أعرابي؟!”. قال: من بني عامر بن صعصعة يا رسول الله! قال: “أتدري لم وهبت لك الذهب؟”. قال: للرحم بيننا وبينك يا رسول الله! فقال إن للرحم حقاً، ولكن وهبت لك الذهب؛ لحسن ثنائك على الله عز وجل. [ طس، ((الضعيفة))(4613/م)].

(Lemah) Daripada Anas RA bahawa: Rasulullah SAW berjalan di sisi seorang badwi dalam keadaan dia sedang berdoa di dalam solatnya dengan berkata: “Wahai Yang tidak dapat dilihat dengan mata, Yang tidak dicampuri sangkaan, Yang tidak dapat dibayangkan oleh orang yang membayangkan-Nya, Yang tidak merubah-Nya disebabkan peristiwa, Yang tidak bimbang dengan putaran masa, Yang mengetahui timbangan gunung-ganang, sukatan lautan, bilangan titisan hujan, bilangan daun-daun di pohon-pohon dan juga jumlah apa yang diselubungi gelap pada waktu malam dan yang diliputi sinar pada siang hari, Yang tidak tersembunyi daripada-Nya sebarang langit mahupun sebarang bumi, serta apa yang ada di dasar lautan, mahupun apa yang ada di lurah gunung, jadikanlah sebaik-baik umurku di akhirnya, sebaik-baik amalanku di penutupnya dan sebaik-baik hariku ketika hari aku bertemu dengan-Mu.” Lalu Rasulullah SAW pun mewakilkan seseorang untuk menemui orang badwi tersebut agar berpesan: “Apabila dia telah selesai menunaikan solat, maka bawalah dia kepadaku.” Apabila dia selesai menunaikan solat, dia pun datang kepadanya. Pada waktu itu, telah dihadiahkan kepada Rasulullah SAW beberapa keping emas daripada beberapa bahan galian. Apabila orang badwi itu datang kepadanya, Baginda pun memberikan kepadanya emas tersebut sambil bertanya: “Kamu daripada kabilah mana, wahai si badwi?” Jawabnya: “Daripada Bani ‘Amir bin So’so’ah, wahai Rasulullah.” Tanya Baginda lagi: “Adakah kamu tahu kenapa aku menghadiahkan emas itu kepadamu?” Jawabnya: “Disebabkan hubungan silaturrahim antara kami dan kamu, wahai Rasulullah.” Lalu Baginda membalasnya lagi: “Sesungguhnya bagi silaturahim itu ada hak, tetapi aku menghadiahkan kepadamu emas itu kerana pujianmu yang baik kepada Allah.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4613]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs