Dua perkara yang berharga: Kitab Allah: Sebahagian di tangan Allah dan sebahagian lagi di tangan kamu

TEKS BAHASA ARAB

الثقلان: كتاب الله: طرف بيد الله عز وجل، وطرف بأيديكم، فتمسكوا به لا تضلوا. والآخر عترتي. وإن اللطيف الخبير نبأني أنهما لن يتفرقا حتى يردا علي الحوض، فسألت ذلك لهما ربي، فلا تقدموهما فتهلكوا، ولا تقصروا عنهما فتهلكوا، ولا تعلموهم؛ فهم أعلم منكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dua perkara yang berharga: Kitab Allah: Sebahagian di tangan Allah dan sebahagian lagi di tangan kamu. Maka berpeganglah dengannya dan janganlah sesekali kamu sesat. Kemudian ahli keluargaku. Sesungguhnya Yang Maha Lembut lagi Bijaksana telah memberitakan kepadaku keduanya tidak akan terpisah sehingga keduanya datangkan kepadaku telaga dan aku bertanya Tuhanku tentang keduanya. Janganlah kamu mendahului keduanya nescaya kamu akan binasa, janganlah kamu mengurangi daripada keduanya nescaya kamu akan binasa kerana mereka lebih mengetahui daripada kamu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1490, 1491, hadis nombor 7601. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن زيد بن أرقم قال: الثقلان: كتاب الله: طرف بيد الله عز وجل، وطرف بأيديكم، فتمسكوا به لا تضلوا. والآخر عترتي. وإن اللطيف الخبير نبأني أنهما لن يتفرقا حتى يردا علي الحوض، فسألت ذلك لهما ربي، فلا تقدموهما فتهلكوا، ولا تقصروا عنهما فتهلكوا، ولا تعلموهم؛ فهم أعلم منكم. [ طب، ((الضعيفة)) (4914)].

(Lemah) Daripada Zaid bin Arqam RA secara marfu’: Dua perkara yang berharga: Kitab Allah: Sebahagian di tangan Allah dan sebahagian lagi di tangan kamu. Maka berpeganglah dengannya dan janganlah sesekali kamu sesat. Kemudian ahli keluargaku. Sesungguhnya Yang Maha Lembut lagi Bijaksana telah memberitakan kepadaku keduanya tidak akan terpisah sehingga keduanya datangkan kepadaku telaga dan aku bertanya Tuhanku tentang keduanya. Janganlah kamu mendahului keduanya nescaya kamu akan binasa, janganlah kamu mengurangi daripada keduanya nescaya kamu akan binasa kerana mereka lebih mengetahui daripada kamu. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4914]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs