Sesungguhnya salah seorang penduduk syurga tertinggi akan menjenguk ke syurga

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن أهل عليين ليشرف أحدهم على الجنة، فيضيء وجهه لأهل الجنة؛ كما يضيء القمر ليلة البدر لأهل الدنيا، وإن أبا بكر وعمر منهم وأنعما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya salah seorang penduduk syurga tertinggi akan menjenguk ke syurga. Dia akan menyinari wajahnya dengan cahaya untuk penduduk syurga seperti mana bulan purnama menyinari penduduk bumi pada malam peperangan Badar. Abu Bakar dan Umar daripada golongan tersebut dan mereka mendapat nikmat.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1952, hadis nombor 9777. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال: قال ﷺ: إن أهل عليين ليشرف أحدهم على الجنة، فيضيء وجهه لأهل الجنة؛ كما يضيء القمر ليلة البدر لأهل الدنيا، وإن أبا بكر وعمر منهم وأنعَمَا.
[السهمي، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (7110)]

(Munkar)
Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya salah seorang penduduk syurga tertinggi akan menjenguk ke syurga. Dia akan menyinari wajahnya dengan cahaya untuk penduduk syurga seperti mana bulan purnama menyinari penduduk bumi pada malam peperangan Badar. Abu Bakar dan Umar daripada golongan tersebut dan mereka mendapat nikmat.
[Riwayat al-Sahmi dalam Tarikh Jurjan dan Ibn Asakir Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 7110]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.