TEKS BAHASA ARAB
إنّ بين يدي الله عز وجل وبين الخلق سبعين ألف حجاب، وأقرب الخلق إلى الله عز وجل جبريل وميكائيل وإسرافيل، وإن بينهم وبينه أربع حُجُبٍ: حجاب من نارٍ وحجاب من ظلمةٍ وحجاب من غمام وحجاب من الماء.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya jarak antara Allah dengan hamba-Nya adalah sejauh 70, 000 hijab. Makhluk yang paling dekat Allah adalah Jibril, Mikail dan Israfil. Di antara mereka dan Allah ada empat hijab: Hijab daripada api, hijab daripada perbuatan kegelapan, hijab daripada awan dan hijab daripada air.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1952, hadis nombor 9778. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
عن سهل بن سعد قال: قال ﷺ: إنّ بين يدي الله عزوجل وبين الخلق سبعين ألف حجاب، وأقرب الخلق إلى الله عزوجل جبريل وميكائيل وإسرافيل، وإن بينهم وبينه أربع حُجُبٍ: حجاب من نارٍ، وحجاب من ظلمةٍ، وحجاب من غمام، وحجاب من الماء.
[الدارقطني في ((الأفراد))، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (6502)]
(Palsu)
Daripada Sahl Bin Sa’ad, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya jarak antara Allah dengan hamba-Nya adalah sejauh 70, 000 hijab. Makhluk yang paling dekat Allah adalah Jibril, Mikail dan Israfil. Di antara mereka dan Allah ada empat hijab: Hijab daripada api, hijab daripada perbuatan kegelapan, hijab daripada awan dan hijab daripada air.
[Riwayat al-Daraqutni dalam al-Afrad dan Ibn al-Jauzi dalam al-Maudu‘at. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 6502]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.