TEKS BAHASA ARAB
إن العشر: عشر الأضحى، والوتر: يوم عرفة، والشفع: يوم النحر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya maksud al-‘Asyr adalah 10 al-Adha, maksud al-Watr adalah hari Arafah, dan maksud al-Shaf’ adalah hari korban.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1468, hadis nombor 7477. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن جابر – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إن العشر: عشر الأضحى، والوتر: يوم عرفة، والشفع: يوم النحر)). [حم، البزار، ابن جرير، ((الضعيفة)) (3938)]
(Munkar)
Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya maksud al-‘Asyr adalah 10 al-Adha, maksud al-Watr adalah hari Arafah, dan maksud al-Shaf’ adalah hari korban.
[Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam Musnadnya, al-Bazzar dan Ibn Jarir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3938]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.