Nabi SAW apabila melihat bulan sabit, Baginda mengucapkan: Semoga bulan sabit yang membawa kebaikan dan petunjuk

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان إذا رأى الهلال قال: هلال خير ورشد، هلال خير ورشد، هلال خير ورشد، آمنت بالذي خلقك – ثلاث مرات -، ثم يقول: الحمد لله الذي ذهب بشهر كذا، وجاء بشهر كذا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW apabila melihat bulan sabit, Baginda mengucapkan: Semoga bulan sabit yang membawa kebaikan dan petunjuk, semoga bulan sabit yang membawa kebaikan dan petunjuk, semoga bulan sabit yang membawa kebaikan dan petunjuk; aku beriman kepada Tuhan yang telah menciptakanmu. (Baginda mengucapkannya) sebanyak tiga kali, kemudian Baginda mengucapkan: Segala puji bagi Allah yang telah membawa pergi bulan sekian sekian dan mendatangkan bulan sekian sekian.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1468, hadis nombor 7476. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف الإسناد) عن قتادة أنه بلغه: أن النبي – صلى الله عليه وسلم – كان إذا رأى الهلال، قال: هلال خير ورشد، هلال خير ورشد، هلال خير ورشد، آمنت بالذي خلقك – ثلاث مرات -))، ثم يقول: ((الحمد لله الذي ذهب بشهر كذا، وجاء بشهر كذا)). [ د، ((الضعيفة)) (3506)]

(Lemah Sanad)
Daripada Qatadah bahawa telah sampai kepada beliau bahawa Nabi SAW apabila melihat bulan sabit, Baginda mengucapkan: Semoga bulan sabit yang membawa kebaikan dan petunjuk, semoga bulan sabit yang membawa kebaikan dan petunjuk, semoga bulan sabit yang membawa kebaikan dan petunjuk; aku beriman kepada Tuhan yang telah menciptakanmu. (Baginda mengucapkannya) sebanyak tiga kali, kemudian Baginda mengucapkan: Segala puji bagi Allah yang telah membawa pergi bulan sekian sekian dan mendatangkan bulan sekian sekian.
[Riwayat Abu Dāwud dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3506]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.