TEKS BAHASA ARAB
إن الله وهب لأمتي ليلة القدر ولم يعطها من كان قبلهم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya Allah telah menganugerahkan kepada umatku (umat Nabi Muhammad) malam al-Qadr dan sesungguhnya malam al-Qadr ini tidak pernah diberikan pada umat-umat sebelum aku.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1138, hadis nombor 5745. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن الله وهب لأمتي ليلة القدر ولم يعطها من كان قبلهم)).
[فر، ((الضعيفة)) (3106)]
(Palsu)
Daripada Anas RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): "Sesungguhnya Allah telah menganugerahkan kepada umatku (umat Nabi Muhammad) malam al-Qadr dan sesungguhnya malam al-Qadr ini tidak pernah diberikan pada umat-umat sebelum aku."
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 3106]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.