TEKS BAHASA ARAB
إن جزءا من سبعين جزءا من النبوة: تبكير الإفطار، وتأخير السحور، وإشارة الرجل بإصبعه في الصلاة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya satu juzuk daripada 70 juzuk kenabian, adalah menyegerakan berbuka puasa, dan melewatkan sahur, dan isyarat jari yang dilakukan oleh seorang lelaki di dalam solat.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1138, hadis nombor 5746. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن جزءا من سبعين جزءا من النبوة: تبكير الإفطار، وتأخير السحور، وإشارة الرجل بإصبعه في الصلاة)).
[عب، عد، أبو أحمد الحاكم في ((الكنى))، ((الضعيفة)) (3148)]
(Palsu)
Daripada Abu Hurairah RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): "Sesungguhnya satu juzuk daripada 70 juzuk kenabian, adalah menyegerakan berbuka puasa, dan melewatkan sahur, dan isyarat jari yang dilakukan oleh seorang lelaki di dalam solat."
[Riwayat Abdul Razak dalam al-Musannaf, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa, dan Abu Ahmad al-Hakim dalam al-Kuna. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 3148]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.