Sesungguhnya Allah Tabaraka Wa Ta’ala membebaskan manusia dari neraka pada setiap malam bulan Ramadhan

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إن الله تبارك وتعالى في كل ليلة من رمضان عند الإفطار ألف ألف عتيق من النار.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesungguhnya Allah Tabaraka Wa Ta’ala membebaskan manusia dari neraka pada setiap malam bulan Ramadhan ketika berbuka puasa seribu seribu pembebasan dari neraka.


STATUS

Tidak sabit


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 89-90, hadis nombor 8. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


روى عن ابن عباس مرفوعا وهو لا يثبت عنه .
ورواه ابن حبان من حديث أنس بلفظ: ستمائة ألف وقال: باطل لا أصل له.
وقد رواه البيهقي من طريق أخرى عن الحسن قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم قال البيهقي: هكذا جاء مرسلا.
ورواه من حديث أبي أمامة بلفظ: إن لله عند كل فطر عتقاء من النار.
وقال: غريب جدا .
ورواه أيضا من حديث ابن مسعود بلفظ: لله تعالى عند كل فطر من شهر رمضان كل ليلة عتقاء ستون ألفا فإذا كان يوم الفطر أعتق مثل ما أعتق في جميع الشهر.
رواه الديلمي باللفظ الأول.

Diriwayatkan daripada Ibn Abbas secara marfu' (disandarkan kepada Nabi) akan tetapi hadith ini tidak sabit darinya.
Ibn Hibban meriwayatkan daripada hadith Anas dengan tambahan lafaz: enam ratus ribu dan dia berkata: Hadith ini batil tidak ada asalnya.
Al-Baihaqi meriwayatkan daripada jalan periwayatan lain daripada al-Hasan dan berkata: Telah bersabda Nabi SAW lalu al-Baihaqi berkata: Demikian hadith ini mursal (terputus sanadnya).
Al-Baihaqi juga meriwayatkan hadith ini daripada Umamah dengan lafaz: Setiap kali berbuka, Allah membebaskan manusia daripada neraka, beliau berkata hadith ini sangat gharib.
Al-Baihaqi juga turut meriwayatkan hadith daripada Ibn Mas’ud dengan lafaz: Bagi Allah (pembebasan hambanya dari neraka) setiap kali berbuka malam bulan Ramadhan 60000. Manakala pada hari raya Allah SWT membebaskan seumpama yang dibebaskan pada kesemua bulan. al-Dailami meriwayatkan dengan lafaz yang pertama.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon