Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Apabila masuk [awal tiga] malam dari bulan Ramadhan, Allah melihat kepada hamba-Nya puasa

Teks Bahasa Arab

حديث: إذا كان [أول _ 3] ليلة من شهر رمضان نظر الله إلى خلقه الصيام وإذا نظر الله إلى عبد لم يعذبه وفيه: فإذا كان ليلة النصف فإذا كان ليلة خمسة وعشرين _ إلخ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Apabila masuk [awal tiga] malam dari bulan Ramadhan, Allah melihat kepada hamba-Nya puasa. Dan apabila Allah melihat kepada hambanya, maka Dia tidak akan mengazabnya. Dan padanya: Apabila masuk malam separuh (yakni bulan Ramadhan). Apabila masuk malam ke-dua puluh lima… hingga akhir hadis.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 88, hadis no. 6. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع وفيه مجاهيل. والمتهم بوضعه: عثمان بن عبد الله القرشي.

Hadith ini palsu dan pada sanadnya terdapat perawi-perawi yang tidak dikenali. Uthman bin Abdillah al-Qurasyi adalah perawi yang dituduh sebagai pereka hadith.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.