Sesungguhnya Allah Taala telah memerintahkan aku untuk mengajarkan kalian apa yang Dia telah ajarkannya kepadaku

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله – تعالى – أمرني أن أعلمكم مما علمني، وأن أؤدبكم: إذا قمتم على أبواب حجركم؛ فاذكروا اسم الله؛ يرجع الخبيث عن منازلكم، وإذا وضع بين يدي أحدكم طعام؛ فليسم الله؛ حتى لا يشارككم الخبيث في أرزاقكم، ومن اغتسل بالليل؛ فليحاذر عن عورته، فإن لم يفعل فأصابه لمم؛ فلا يلومن إلا نفسه، ومن بال في مغتسله فأصابه الوسواس؛ فلا يلومن إلا نفسه، وإذا رفعتم المائدة؛ فاكنسوا ما تحتها؛ فإن الشياطين يلتقطون ما تحتها؛ فلا تجعلوا لهم نصيبا في طعامكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah Taala telah memerintahkan aku untuk mengajarkan kalian apa yang Dia telah ajarkannya kepadaku, dan untuk aku mendidik kalian: Apabila kalian berada di hadapan pintu kediaman kalian, sebutkanlah nama Allah, nescaya syaitan akan beredar daripada rumah-rumah kalian. Manakala apabila diletakkan makanan di hadapan seseorang kalian, hendaklah dia menyebutkan nama Allah agar syaitan tidak berkongsi dengan kalian pada rezeki kalian. Manakala sesiapa yang mandi pada waktu malam, maka berjaga-jagalah dengan auratnya. Jika dia tidak melakukan demikian, lalu dia ditimpa penyakit gila, maka janganlah dia mencela melainkan dirinya. Manakala sesiapa yang kencing di tempat mandinya lalu dia ditimpa penyakit was-was, maka janganlah dia mencela melainkan dirinya. Manakala apabila kalian mengalihkan hidangan, maka sapulah apa yang ada di bawahnya. Kerana sesungguhnya syaitan-syaitan mengutip apa yang ada di bawahnya. Maka janganlah kalian biarkan mereka mendapat habuan pada makanan kalian.

STATUS

Sangat munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 432, hadis nombor 2328. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «إن الله – تعالى – أمرني أن أعلمكم مما علمني، وأن أؤدبكم: إذا قمتم على أبواب حجركم؛ فاذكروا اسم الله؛ يرجع الخبيث عن منازلكم، وإذا وضع بين يدي أحدكم طعام؛ فليسم الله؛ حتى لا يشارككم الخبيث في أرزاقكم، ومن اغتسل بالليل؛ فليحاذر عن عورته، فإن لم يفعل فأصابه لمم؛ فلا يلومن إلا نفسه، ومن بال في مغتسله فأصابه الوسواس؛ فلا يلومن إلا نفسه، وإذا رفعتم المائدة؛ فاكنسوا ما تحتها؛ فإن الشياطين يلتقطون ما تحتها؛ فلا تجعلوا لهم نصيبا في طعامكم». [الحكيم، «الضعيفة» (7082)].

(Sangat Munkar) Daripada Abū Hurairah RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: Sesungguhnya Allah Taala telah memerintahkan aku untuk mengajarkan kalian apa yang Dia telah ajarkannya kepadaku, dan untuk aku mendidik kalian: Apabila kalian berada di hadapan pintu kediaman kalian, sebutkanlah nama Allah, nescaya syaitan akan beredar daripada rumah-rumah kalian. Manakala apabila diletakkan makanan di hadapan seseorang kalian, hendaklah dia menyebutkan nama Allah agar syaitan tidak berkongsi dengan kalian pada rezeki kalian. Manakala sesiapa yang mandi pada waktu malam, maka berjaga-jagalah dengan auratnya. Jika dia tidak melakukan demikian, lalu dia ditimpa penyakit gila, maka janganlah dia mencela melainkan dirinya. Manakala sesiapa yang kencing di tempat mandinya lalu dia ditimpa penyakit was-was, maka janganlah dia mencela melainkan dirinya. Manakala apabila kalian mengalihkan hidangan, maka sapulah apa yang ada di bawahnya. Kerana sesungguhnya syaitan-syaitan mengutip apa yang ada di bawahnya. Maka janganlah kalian biarkan mereka mendapat habuan pada makanan kalian. [Riwayat al-Ḥakīm. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7082].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.