TEKS BAHASA ARAB
إذا وجد أحدكم عقربا وهو يصلي، فليقتلها بنعله اليسرى.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila seseorang kalian mendapati kala jengking ketika dia sedang solat, maka hendaklah dia membunuhnya dengan seliparnya yang sebelah kiri.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 432-433, hadis nombor 2329. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن رجل من بني عدي بن كعب: أنهم دخلوا على النبي ﷺ وهو يصلي جالسا، فقالوا: ما شأنك يا رسول الله؟! فقال: «لسعتني عقرب» ثم قال: «إذا وجد أحدكم عقربا وهو يصلي، فليقتلها بنعله اليسرى». [أبو داود في «المراسيل»، «الضعيفة» (7001)].
(Munkar) Daripada seorang lelaki daripada Bani ‘Adi bin Ka’b, bahawa mereka bertemu Nabi ﷺ dalam keadaan baginda ﷺ sedang solat secara duduk, lalu mereka bertanya: "Kenapa dengan keadaanmu, wahai Rasulullah?!". Maka baginda ﷺ menjawab: "Seekor kala jengking telah menyengatku", lalu baginda bersabda lagi: "Apabila seseorang kalian mendapati kala jengking ketika dia sedang solat, maka hendaklah dia membunuhnya dengan seliparnya yang sebelah kiri". [Riwayat Abū Dāwud dalam al-Marāsil. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7001].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.