Sesungguhnya Allah SWT suka kepada sifat mudah yang ceria

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله يحب السهل الطلق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah SWT suka kepada sifat mudah yang ceria.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 48, hadis nombor 195. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إن الله يحب السهل الطلق)).
[أخرجه الخرائطي في ((مكارم الأخلاق))، وأبو القاسم بن أبي قعنب في ((حديث القاسم بن الأشيب)) ، وأبو عمر بن منده في ((أحاديثه))، عد، هب، فر، ((الضعيفة)) (3124)]

(Sangat Lemah) Daripada Abū Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah SWT suka kepada sifat mudah yang ceria.
[Riwayat al-Kharā’iṭī dalam Makārim al-Akhlāq, Abū al-Qāsim ibn Abū Qa‘nab dalam Ḥadīth al-Qāsim ibn Ashhab, Abū ‘Umar ibn Mandah dalam Aḥādīth beliau, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil, al-Qaḍā‘ī, al-Bayhaqī dalam Shu‘ab al-Īmān, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3124]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.