Sesungguhnya Allah SWT membenci golongan yang angkuh, gembira lagi sombong

TEKS BAHASA ARAB

إن الله يبغض البذخين الفرحين المرحين ويحب كل قلب حزين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah SWT membenci golongan yang angkuh, gembira lagi sombong. Dan Dia menyukai setiap jantung hati yang berdukacita.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 48, hadis nombor 196. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن معاذ بن جبال – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إن الله يبغض البذخين الفرحين المرحين ويحب كل قلب حزين)).
[فر، ((الضعيفة)) (3117)]

(Palsu) Daripada Mu’az Ibn Jabal RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah SWT membenci golongan yang angkuh, gembira lagi sombong. Dan Dia menyukai setiap jantung hati yang berdukacita.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3117]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs