Sesungguhnya Allah mempunyai malaikat yang antara dua hujung mata-Nya jarak sejauh 500 tahun perjalanan.

TEKS BAHASA ARAB

إن لله ملكا ما بين شفري عينيه مسيرة خمسمائة عام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah mempunyai malaikat yang antara dua hujung mata-Nya jarak sejauh 500 tahun perjalanan.

STATUS

Tiada asal

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 13. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

«إِنَّ لِلَّهِ مَلَكًا مَا بَيْنَ شفري عَيْنَيْهِ مسيرَة خَمْسمِائَة عَام» لم يُوجد.

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah mempunyai malaikat yang antara dua hujung mata-Nya jarak sejauh 500 tahun perjalanan". Tidak dijumpai sumber hadis ini.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.