Nabi SAW bertanya kepada Jibrail AS: "Adakah telah lenyapnya matahari?"

TEKS BAHASA ARAB

قال لجبرائيل عليه السلام هل زالت الشمس قال: لا، نعم. قال: كيف قال لا نعم؟ [هكذا في طبعة أمين دمج]، ولعله: «كيف قلت لا نعم؟»] فقال: من حين قلت لا إلى أن قلت نعم، سارت الشمس مسيرة خمسمائة عام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW bertanya kepada Jibrail AS: "Adakah telah lenyapnya matahari?". Jibrail pun berkata : "Tidak, ya". Nabi bertanya: "Bagaimana dia berkata tidak dan ya?" atau "Bagaimana kamu berkata tidak dan ya?. Jibrail berkata: "Dari detik aku menyebut tidak sehinggalah aku menyebut ya, matahari sudah bergerak dengan perjalanan sejauh 500 tahun".

STATUS

Tiada asal

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 13. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

"قال لجبرائيل عليه السلام هل زالت الشمس قال: لا، نعم. قال: كيف قال لا نعم؟ [هكذا في طبعة أمين دمج]، ولعله: «كيف قلت لا نعم؟» ] فقال: من حين قلت لا إلى أن قلت نعم، سارت الشمس مسيرة خمسمائة عام" لم يوجد له أصل.

Nabi SAW bertanya kepada Jibrail AS: "Adakah telah lenyapnya matahari?". Jibrail pun berkata : "Tidak, ya". Nabi bertanya: "Bagaimana dia berkata tidak dan ya?" atau "Bagaimana kamu berkata tidak dan ya?. Jibrail berkata: "Dari detik aku menyebut tidak sehinggalah aku menyebut ya, matahari sudah bergerak dengan perjalanan sejauh 500 tahun". Tiada asal bagi hadis ini.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs