Sesungguhnya Allah memiliki 300 akhlak

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن لله ثلاثمائة خلق من لقيه بخلق منها مع التوحيد دخل الجنة فقال أبو بكر يا رسول الله هل في خلق منها فقال كلها فيك وأحبها إلى الله السخاء» وروي «الإسلام ثلاثمائة شريعة وثلاثة عشر شريعة» . وروي «إن لله مائة وسبعة عشر شريعة».

TEKS BAHASA MALAYSIA

"Sesungguhnya Allah memiliki 300 akhlak. Barang siapa yang bertemu-Nya dengan salah satu akhlak tersebut berserta dengan tauhid, maka dia masuk ke syurga". Lalu Abu Bakar bertanya : "Wahai Rasulullah, adakah pada diriku ada salah satu daripada akhlak tersebut?". Sabda Nabi SAW: "Semuanya ada pada dirimu dan yang paling dicintai oleh Allah adalah sifat dermawan”. Dan diriwayatkan: “Islam mempunyai 313 syariat”. Turut diriwayatkan: “Allah mempunyai 117 syariat”.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 12. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

«إِن لله ثَلَاثمِائَة خلق مَنْ لَقِيَهُ بِخُلُقٍ مِنْهَا مَعَ التَّوْحِيدِ دَخَلَ الْجَنَّةَ فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ يَا رَسُولَ اللَّهِ هَلْ فِيَّ خُلُقٌ مِنْهَا فَقَالَ كُلُّهَا فِيكَ وَأَحَبُّهَا إِلَى اللَّهِ السَّخَاءُ» وَرُوِيَ «الْإِسْلَام ثَلَاثمِائَة شَرِيعَة وَثَلَاثَة عشر شَرِيعَة» . وَرُوِيَ «إِن لله مائَة وَسَبْعَة عشر شَرِيعَة» وَالْكل ضَعِيف.

"Sesungguhnya Allah memiliki 300 akhlak. Barang siapa yang bertemu-Nya dengan salah satu akhlak tersebut berserta dengan tauhid, maka dia masuk ke syurga". Lalu Abu Bakar bertanya : "Wahai Rasulullah, adakah pada diriku ada salah satu daripada akhlak tersebut?". Sabda Nabi SAW: "Semuanya ada pada dirimu dan yang paling dicintai oleh Allah adalah sifat dermawan”. Dan diriwayatkan: “Islam mempunyai 313 syariat”. Turut diriwayatkan: “Allah mempunyai 117 syariat”. Semua riwayat tersebut adalah lemah.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.