Sesungguhnya Allah mempunyai 70 tabir daripada cahaya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن لله سبعين حجابا من نور لو كشفها لأحرقت سبحات وجهه كل ما أبصره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah mempunyai 70 tabir daripada cahaya. Jika Dia menyingkapnya, nescaya keagungan-keagungan wajah-Nya akan membakar setiap sesuatu yang melihat-Nya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 12. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

فِي الْمُخْتَصر «إِنَّ لِلَّهِ سَبْعِينَ حِجَابًا مِنْ نُورٍ لَوْ كَشَفَهَا لأَحْرَقَتْ سُبُحَاتُ وَجهه كل مَا أبصره» لأبي الشَّيْخ بِسَنَد ضَعِيف. وَقَالَ ابْن الْجَوْزِيّ لَا أصل لَهُ. وللطبراني بِسَنَد جيد بِلَفْظ «حجابه النُّور».

Dalam kitab Al-Mukhtasar menyebutkan, bahawa “Sesungguhnya Allah mempunyai 70 tabir daripada cahaya. Jika Dia menyingkapnya maka cahaya wajah-nya akan membakar setiap benda yang melihat-Nya” diriwayatkan oleh Abu Al-Syeikh dengan sanad yang lemah. Ibn Al-Jawzi berkata hadis ini tiada asalnya. Al-Tabarani meriwayatkannya dengan sanad yang baik dengan lafaz حجابه النُّور.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.