Sesungguhnya Allah ‘azza wa jalla tidak memandang tubuh badan

TEKS BAHASA ARAB

إن الله عز وجل لا ينظر إلى أجسامكم، ولا إلى أحسابكم، ولا إلى أموالكم؛ ولكن ينظر إلى قلوبكم. فمن كان له قلب صالح تحنن الله عليه، وإنما أنتم بنو آدم، وأحبكم إلي أتقاكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah ‘azza wa jalla tidak memandang tubuh badan, keturunan dan tidak juga harta kamu. Tetapi Dia memandang hati kamu. Sesiapa yang mempunyai hati yang baik, Allah akan menyayanginya. Dan sesungguhnya kamu ialah anak-anak Adam dan orang yang paling aku cintai dalam kalangan kalian ialah yang paling bertakwa.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2045, hadis nombor 10292. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي مالك الأشعاري -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إنَّ اللهَ عزَّ وجلَّ لا ينظرُ إلى أجسامِكم، ولا إلى أحسابِكم، ولا إلى أموالِكم؛ ولكن ينظرُ إلى قلوبِكم. فمن كان له قلبٌ صالحٌ تحنَّنَ اللهُ عليهِ، وإنما أنتم بنو آدمَ، وأحبُّكم إليَّ أتقاكم.
[طب، وفي ((مسند الشاميين))، ((الضعيفة)) (5613)]

(Lemah)
Daripada Abu Malik al-Asy’ari RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah ‘azza wa jalla tidak memandang tubuh badan, keturunan dan tidak juga harta kamu. Tetapi Dia memandang hati kamu. Sesiapa yang mempunyai hati yang baik, Allah akan menyayanginya. Dan sesungguhnya kamu ialah anak-anak Adam dan orang yang paling aku cintai dalam kalangan kalian ialah yang paling bertakwa.
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir dan Musnad al-Syamiyyin. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5613]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs