TEKS BAHASA ARAB
إذا نام ابن آدم؛ قال الملك للشيطان: أعطني صحيفتك. فيعطيه إياها، فما وجد في صحيفته من حسنة؛ محا بها عشر سيئات من صحيفة الشيطان، وكتبهن حسنات (!)، فإذا أراد أحدكم أن ينام؛ فليكبر ثلاثا وثلاثين تكبيرة، ويحمد أربعا وثلاثين تحميدة، ويسبح ثلاثا وثلاثين تسبيحة، فتلك مئة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila seseorang anak Adam tidur, malaikat akan berkata kepada syaitan: Berikan aku catatanmu. Jika didapati kebaikan pada catatannya, malaikat akan memadamkan 10 keburukan daripada catatan syaitan, dan menulisnya sebagai kebaikan-kebaikan padanya. Ketika seseorang hendak tidur, maka bertakbirlah 33 kali, bertahmidlah 34 kali, dan bertasbihlah 33 kali, maka genaplah 100.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2045, hadis nombor 10291. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن أبي مالك الأشعاري -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا نام ابنُ آدمَ؛ قال المَلِكُ للشيطانِ: أعطني صحيفتَك. فيُعطيهِ إياها، فما وجد في صحيفتِه من حسنةٍ؛ محا بها عشرَ سيئاتٍ من صحيفةِ الشيطانِ، وكتبهنَّ حسناتٍ (!)، فإذا أراد أحدُكم أن ينامَ؛ فليُكبِّرْ ثلاثًا وثلاثين تكبيرةً، ويحمدْ أربعًا وثلاثين تحميدةً، ويُسبِّحْ ثلاثًا وثلاثين تسبيحةً، فتلك مئةٌ.
[طب، وفي ((مسند الشاميين))، ابن شهين، ((الضعيفة)) (5610)]
(Lemah)
Daripada Abu Malik al-Asy’ari RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang anak Adam tidur, malaikat akan berkata kepada syaitan: Berikan aku catatanmu. Jika didapati kebaikan pada catatannya, malaikat akan memadamkan 10 keburukan daripada catatan syaitan, dan menulisnya sebagai kebaikan-kebaikan padanya. Ketika seseorang hendak tidur, maka bertakbirlah 33 kali, bertahmidlah 34 kali, dan bertasbihlah 33 kali, maka genaplah 100.
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir dan Musnad al-Syamiyyin. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5610]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.