Sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla menyukai perbuatan diam dalam tiga keadaan

TEKS BAHASA ARAB

إن الله – عز وجل – يحب الصمت عند ثلاث: عند تلاوة القرآن، وعند الزحف، وعند الجنازة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla menyukai perbuatan diam dalam tiga keadaan: (Iaitu diam) ketika bacaan al-Quran, (diam) ketika berada di medan perang, dan juga (diam) ketika berada berhampiran jenazah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 224, hadis nombor 1184. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن زيد بن أرقم – رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((إن الله – عز وجل – يحب الصمت عند ثلاث: عند تلاوة القرآن، وعند الزحف، وعند الجنازة)). [طب، ((الضعيفة)) (5728)]

(Lemah)
Daripada Zaid bin Arqam RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah Azzawajalla menyukai perbuatan diam dalam tiga keadaan: (Iaitu diam) ketika bacaan al-Quran, (diam) ketika berada di medan perang, dan juga (diam) ketika berada berhampiran jenazah.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5728]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs