Sesungguhnya aku tahu satu ayat yang tidak diturunkan kepada nabi sebelum daripadaku selepas Sulaiman bin Dawud

TEKS BAHASA ARAB

إني أعلم آية لم تنزل على نبي قبلي بعد سليمان بن داود. فقلت: يا رسول الله! أي آية؟ قال: سأعلمكها قبل أن أخرج من المسجد. فانتهينا إلى الباب، فأخرج إحدى قدميه، فقلت: أنسي؟ ثم التفت إلي، فقال: إنه من سليمان وإنه بسم الله الرحمن الرحيم ﴿٣٠﴾.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya aku tahu satu ayat yang tidak diturunkan kepada nabi sebelum daripadaku selepas Sulaiman bin Dawud. Aku bertanya: Wahai Rasulullah! Ayat apakah itu? Maka Rasulullah menjawab: Aku akan ajarkan kepadamu ayat ini sebelum aku keluar dari masjid. Kami telah mendekati pintu lalu baginda keluarkan salah satu daripada kakinya untuk melangkah masuk ke dalam masjid. Aku berkata: Adakah kamu lupa? Kemudian baginda berpaling kepadaku. Baginda bersabda: Sesungguhnya surat itu, daripada SuIaiman dan sesungguhnya (isi)nya: Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. [Surah al-Naml: 30]

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1528, hadis nombor 7766. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن بريد – رضي الله عنه-، قال: كنت مع رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو يمشي في المسجد فقال: إني أعلم آية لم تنزل على نبي قبلي بعد سليمان بن داود. فقلتُ: يا رسول الله! أي آية؟ قال: سأعلمكها قبل أن أخرج من المسجد. فانتهينا إلى الباب، فأخرج إحدى قدميه، فقلت: أنسي؟ ثم التفت إلي، فقال: إنه من سليمان وإنه بسم الله الرحمن الرحيم ﴿٣٠﴾. [ابن أبي حاتم، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (5779)].

(Sangat Lemah) Daripada Buraidah RA berkata: Aku bersama Rasulullah SAW ketika baginda berjalan ke masjid. Baginda bersabda: Sesungguhnya aku tahu satu ayat yang tidak diturunkan kepada nabi sebelum daripadaku selepas Sulaiman bin Dawud. Aku bertanya: Wahai Rasulullah! Ayat apakah itu? Maka Rasulullah menjawab: Aku akan ajarkan kepadamu ayat ini sebelum aku keluar dari masjid. Kami telah mendekati pintu lalu baginda keluarkan salah satu daripada kakinya untuk melangkah masuk ke dalam masjid. Aku berkata: Adakah kamu lupa? Kemudian baginda berpaling kepadaku. Baginda bersabda: Sesungguhnya surat itu, daripada SuIaiman dan sesungguhnya (isi)nya: Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang [Surah al-Naml: 30]. [Riwayat Ibn Abi Hatim, Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5779]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs