Malaikat memadam sepuluh kejahatan daripada kitab syaitan dan menulis atau menggantinya dengan kebaikan

TEKS BAHASA ARAB

إذا نام ابن آدم، قال الملك للشيطان: أعطني صحيفتك. فيعطيه إياها، فما وجد في صحيفته من حسنة، محا بها عشر سيئات من صحيفة الشيطان، وكتبهن حسنات!، فإذا أراد أحدكم أن ينام، فليكبر ثلاثا وثلاثين تكبيرة، ويحمد أربعا وثلاثين تحميدة، ويسبح ثلاثا وثلاثين تسبيحة، فتلك مئة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila anak Adam tidur, malaikat berkata kepada syaitan: Berilah aku kitab kamu. Syaitan pun memberinya dan tidak terdapat di dalam kitabnya catatan kebaikan. Lalu malaikat memadam sepuluh kejahatan daripada kitab syaitan itu dan menulis atau menggantinya dengan kebaikan. Jika salah seorang di antara kamu ingin tidur, maka bertakbirlah sebanyak tiga puluh tiga kali dan bertahmidlah sebanyak tiga puluh empat kali serta bertasbihlah sebanyak tiga puluh tiga kali, demikian menjadi seratus.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1524 – 1525, hadis nombor 7752. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي مالك الأشعري – رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا نام ابن آدم، قال الملك للشيطان: أعطني صحيفتك. فيعطيه إياها، فما وجد في صحيفته من حسنة، محا بها عشر سيئات من صحيفة الشيطان، وكتبهن حسنات!، فإذا أراد أحدكم أن ينام، فليكبر ثلاثا وثلاثين تكبيرة، ويحمد أربعا وثلاثين تحميدة، ويسبح ثلاثا وثلاثين تسبيحة، فتلك مئة. [طب، وفي ((مسند الشاميين))، ((الضعيفة)) (5610)].

(Lemah) Daripada Abu Malik al-Ash’ari RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Apabila anak Adam tidur, malaikat berkata kepada syaitan: Berilah aku kitab kamu. Syaitan pun memberinya lalu tidak terdapat di dalam kitabnya daripada kebaikan. Lalu ia memadam sepuluh kejahatan daripada kitab syaitan itu dan menulis atau menggantinya dengan kebaikan. Jika salah seorang di antara kamu ingin tidur, maka bertakbirlah sebanyak tiga puluh tiga kali dan bertahmidlah sebanyak tiga puluh empat kali serta bertasbihlah sebanyak tiga puluh tiga kali, demikian menjadi seratus. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, dan di dalam Musnad al-Shamiyyin. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.5610].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.