Sesungguhnya aku begitu teruja untuk menemui kalian, wahai umatku di dalam syurga

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إني أعجبني لقاكم أمتي في الجنة. فقلت: أيما؟ قال: الصعاليك المجاهدون في سبيل الله إني رأيت أحدهم وإنه ليمر بحجبة الجنة فيرمي إليهم بسيفه ويقول: دونكم لم أعط ما تحاسبوني عليه ثم يعتق فيدخل الجنة ورأيت أبطأ الناس دخولا الجنة النساء وذوو الأموال، وما قام عبد الرحمن بن عوف حتى استبطأت له القيام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya aku begitu teruja untuk menemui kalian, wahai umatku di dalam syurga. Aku bertanya: Umatmu yang mana satu? Baginda menjawab: Orang-orang fakir yang tidak mempunyai apa-apa yang berjihad di jalan Allah. Aku melihat seorang daripada mereka melintasi penjaga pintu syurga, dia ditahan lalu diberitahu: Teruskan, Aku tidak menghisab kamu seperti mana aku menghisab orang lain, maka dia diselamatkan daripada api neraka dan masuk ke dalam syurga. Aku dapati manusia paling lewat masuk syurga adalah golongan wanita dan hartawan. ‘Abd al-Rahman bin ‘Awf hampir-hampir sahaja tidak mampu berdiri.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1109, hadis nombor 5617. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن حفصة بنت عمر رضي الله عنهما، قالت: كان يوم من أيامها من رسول الله صلى الله عليه وسلم فنام في بيتها، وطالت نومته، فهبت أن أوقظه فأهبته فهب من نومه محمرة عيناه فقلت: يا رسول الله إني هبت أن أوقظك من نومك فأهبتك فقال: إني أعجبني لقاكم أمتي في الجنة. فقلت: أيما؟ قال: الصعاليك المجاهدون في سبيل الله إني رأيت أحدهم وإنه ليمر بحجبة الجنة فيرمي إليهم بسيفه ويقول: دونكم لم أعط ما تحاسبوني عليه ثم يعتق فيدخل الجنة ورأيت أبطأ الناس دخولا الجنة النساء وذوو الأموال وما قام عبد الرحمن بن عوف حتى استبطأت له القيام. [الطبراني في مسند الشاميين، الضعيفة (6591)].

(Munkar) Daripada Hafsah binti ‘Umar RA, beliau menceritakan: Pada salah satu hari giliran beliau, Rasulullah SAW tidur di rumahnya dan tidur Baginda lebih panjang daripada biasa. Aku takut untuk menggerakkan Baginda lalu Baginda terjaga daripada tidur dalam keadaan mata Baginda kemerah-merahan. Aku menjelaskan: Wahai Rasulullah, aku takut untuk mengejutkan kamu daripada tidur. Aku takut kepada kamu. Baginda kemudian berkata: Sesungguhnya aku begitu teruja untuk menemui kalian, wahai umatku di dalam syurga. Aku bertanya: Umatmu yang mana satu? Baginda menjawab: Orang-orang fakir yang tidak mempunyai apa-apa yang berjihad di jalan Allah. Aku melihat seorang daripada mereka melintasi penjaga pintu syurga, dia ditahan lalu diberitahu: Teruskan, Aku tidak menghisab kamu seperti mana aku menghisab orang lain, maka dia diselamatkan daripada api neraka dan masuk ke dalam syurga. Aku dapati manusia paling lewat masuk syurga adalah golongan wanita dan hartawan. ‘Abd al-Rahman bin ‘Awf hampir-hampir sahaja tidak mampu berdiri. [Riwayat al-Tabarani dalam Musnad al-Shamiyyin. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6591]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.