Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
صَدَقْتِ أُمَّ ذَرٍّ فَمَا عَبْدُ الْحِجَاَرةِ غَيْرَ غَاوٍ.
Teks Bahasa Melayu
Ummu Zar berkata benar, tiada yang menyembah batu melainkan orang yang sesat.
Sahabat Perawi
- Ummu Zar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1087, hadis no. 5527. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada Ummu Zar RA, beliau menceritakan, Jika Nabi SAW ingin tersenyum, Baginda akan berkata kepada Abu Zar: Ceritakan kepadaku tentang permulaan Islam kamu. Abu Zar bercerita: Kami memiliki sebuah berhala yang dipanggil Nuhm. Aku percik-percikkan susu padanya dan aku menguruskan. Apabila aku menoleh, tiba-tiba ada seekor anjing minum susu tadi, setelah selesai ia pun mengangkat sebelah kakinya dan kencing pada patung berhala tersebut. Maka aku pun bersenandung: Wahai Nuhm, telah jelas paaku, sejauh mana kemuliaan menjauhimu. Aku lihat anjing telah menghinamu, namun tengkukmu gagal menghalang penghinaan itu. Umm Zar terdengar ucapan saya, lalu berkata: Kamu telah melakukan satu jenayah besar kerana menghina Nuhm! Aku pun menceritakan apa yang telah berlaku. Lalu Umm Zar berkata: Ketahuilah carikan untuk kita Tuhan Yang Pemurah, Yang sangat banyak pemberian wahai Ibn Wahb. Bukanlah Tuhan kita sesuatu yang dikencingi anjing namun tangannya gagal menepis. Tiada yang menyembah batu selain yang sesat, nipis akal dan tiada berotak”. Rasulullah SAW bersabda: Umm Zar berkata benar, tiada yang menyembah batu melainkan orang yang sesat. [Riwayat al-Fakihi dalam Kitab Makkah. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6487]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman