Sesungguhnya akan ada bagi setiap ibu bapa ke atas anaknya hutang

TEKS BAHASA ARAB

إنه يكون للوالدين على ولدهما دين، فإذا كان يوم القيامة يتعلقان به. فيقول: أنا ولدكما! فيودان أو يتمنيان لو كان أكثر من ذلك!

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya akan ada bagi setiap ibu bapa ke atas anaknya hutang, apabila tiba hari kiamat, mereka akan diikat dengannya. Dan dia (anaknya) akan berkata: Aku anak kalian berdua! Maka ketika itu mereka berdua berharap agar mereka memiliki (anak) lebih dari itu.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 625 – 626, hadis nombor 3256. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن زاذان قال: دخلت على عبد الله بن مسعود وقد سبق إلى مجلسه أصحاب ‌الخز والديباج، فقلت: أدنيت الناس وأقصيتني؟! فقال: ادن، فأدناني حتى أقعدني على بساطه، ثم قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((إنه يكون للوالدين على ولدهما دين، فإذا كان يوم القيامة يتعلقان به. فيقول: أنا ولدكما! فيودان أو يتمنيان لو كان أكثر من ذلك!)). [طب، ((الضعيفة)) (5012)].

(Munkar)
Daripada Zazan beliau berkata: Aku datang berjumpa Abdullah ibn Mas’ud, sebelum itu beliau telah didatangi golongan yang memakai damask dan sutera. Maka aku berkata: Engkau mendekati manusia-manusia itu dan engkau menjauhiku? Lalu beliau berkata: Mendekatlah. Lalu beliau mendekatikanku sehingga beliau meletakkan aku di atas hamparannya. Beliau berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya akan ada bagi setiap ibu bapa ke atas anaknya hutang, apabila tiba hari kiamat, mereka akan diikat dengannya. Dan dia (anaknya) akan berkata: Aku anak kalian berdua! Maka ketika itu mereka berdua berharap agar mereka memiliki (anak) lebih dari itu.”
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5012].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs