TEKS BAHASA ARAB
إن رجلاً كان فيمن قبلكم حمل خمراً، ثم جعل في كل زق نصفاً ماءً، ثم باعه، فلما جمع الثمن؛ جاء ثعلب فأخذ الكيس، وصعد الدقل، فجعل يأخذ ديناراً فيرمي به في السفينة، ويأخذ ديناراً فيرمي به في الماء؛ حتى فرغ ما في الكيس.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Seorang lelaki pada zaman sebelum kamu membawa arak, kemudian dia meletakkannya pada setiap bekas (dengan tambahan) separuh air, kemudian dia menjualnya. Setelah dia mengumpulkan keuntungan, datang seekor musang lalu ia mengambil uncang itu dan menaiki tiang kapal, lalu ia mengambil satu dinar dan melemparkannya ke dalam kapal, ia mengambil satu dinar lagi dan melemparkannya ke dalam air, (ia terus melakukan hal itu) sehingga uncang itu kosong
STATUS
Munkar dengan lafaz ini
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 625, hadis nombor 3255. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذا اللفظ) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعاً: ((إن رجلاً كان فيمن قبلكم حمل خمراً، ثم جعل في كل زق نصفاً ماءً، ثم باعه، فلما جمع الثمن؛ جاء ثعلب فأخذ الكيس، وصعد الدقل، فجعل يأخذ ديناراً فيرمي به في السفينة، ويأخذ ديناراً فيرمي به في الماء؛ حتى فرغ ما في الكيس)). [هب، ((الضعيفة)) (5334)].
(Munkar dengan lafaz ini)
Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Seorang lelaki pada zaman sebelum kamu membawa arak, kemudian dia meletakkannya pada setiap bekas (dengan tambahan) separuh air, kemudian dia menjualnya. Setelah dia mengumpulkan keuntungan, datang seekor musang lalu ia mengambil uncang itu dan menaiki tiang kapal, lalu ia mengambil satu dinar dan melemparkannya ke dalam kapal, ia mengambil satu dinar lagi dan melemparkannya ke dalam air, (ia terus melakukan hal itu) sehingga uncang itu kosong.”
[Riwayat al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5334].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.