Sesungguhnya ahli sesebuah keluarga itu jika mereka saling menyambung hubungan kekeluargaan

TEKS BAHASA ARAB

إن أهل البيت إذا تواصلوا أجرى الله عليهم الرزق، وكانوا في كنف الله عز وجل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya ahli sesebuah keluarga itu jika mereka saling menyambung hubungan kekeluargaan, Allah akan memberikan rezeki kepada mereka dan mereka akan berada di bawah naungan Allah SWT.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 5, hadis nombor 105. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف جدا.
أخرجه الإسماعيلي في معجمه (ج 1/ ق 8/ 1- 2) والعقيلي في الضعفاء (3/ 128) وابن عدي في الكامل (4/ 1631) والشجري في الأمالي (2/ 130) من طريق هشام بن عمار قال: حدثنا إسماعيل بن عياش حدثنا سفيان الثوري عن عبيد الله بن الوليد الوصافي عن عطاء بن أبي رباح عن ابن عباس مرفوعا. فذكره. قال ابن عدي: وهذا الحديث عن الثوري، عن الوصافي، لا أعلم يرويه عن الثوري غير ابن عياش.
قلت: منكر الحديث جدا. وضعفه أبو زرعه، والدارقطني. وهشام بن عمار، في حفظة أوهام. وإسماعيل بن عياش إذا حدث عن غير أهل بلدة وقعت المناكير في روايته وهذا منها. والله أعلم.

Dha’if Jiddan (Sangat lemah). Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-Isma’ili dalam Mu’jam beliau (juz 1/hlm. 8/1-2), al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa’ (3/128), Ibn ‘Adi dalam al-Kamil (4/1641) dan al-Shajari dalam al-Amali (2/130) melalui sanad Hisham bin ‘Ammar, katanya Isma’il bin ‘Ayyash telah menceritakan kepada kami, katanya Sufyan al-Thawri telah menceritakan kepada kami daripada ‘Ubaidullah bin al-Walid al-Wasafi daripada ‘Ata’ bin Abi Rabah daripada Ibn ‘Abbas secara marfu’, lalu beliau menyebutkan hadith tersebut.
Ibn ‘Adi berkata: Hadith ini daripada al-Thawri daripada al-Wasafi, tidak aku ketahuinya yang meriwayatkannya daripada al-Thawri selain Ibn ‘Ayyash.
Saya berkata: Munkar al-Hadith Jiddan. Abu Zur’ah dan al-Daraqutni telah meniai beliau sebagai dha’if.
Hisham bin ‘Ammar pula terdapat kekeliruan-kekeiruan pada hafalannya. Manakala, Isma’il bin ‘ayyash pula sekiranya beliau meriwayatkan daripada bukan penduduk negerinya, maka berlaku banyak perkara munkar dalam riwayat beliau, hadith ini adalah salah satunya. Wallahua’lam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs