Mengapa aku melihat kamu berdiam diri?

TEKS BAHASA ARAB

مالي أراكم سكوتا؟ للجن كانوا أحسن منكم ردا. ما قرأت عليهم من مرة: (فبأي آلاء ربكما تكذبان) إلا قالوا: ولا بشيء من نعمك ربنا نكذب. فلك الحمد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mengapa aku melihat kamu berdiam diri? Golongan jin benar-benar lebih baik berbanding kamu dalam memberikan tindak balas, Tidak aku membacakan kepada mereka ayat: ‘Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan?’ lebih dari sekali melainkan mereka akan menjawab: wahai Tuhan kami, tidak ada satu pun nikmat-Mu yang kami dustakan. Segala puji bagi-Mu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 5, hadis nombor 106. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه الترمذي (3291) ، والحاكم (2/473) وأبو الشيخ في العظمة (ق 194/2) والإسماعيلي في معجمه (ج 1/ ق10/1 – 2) والبراز – كما في ابن كثير (4/ 237) وابن عدي في الكامل (3/ 1074) (5/ 1858) وأبو نعيم في أخبار أصبهان (1/ 181) والببهقي في دلائل النبوة (2/232) من طريق الوليد بن مسلم، ثنا زهير بن محمد عن محمد بن المنكدر عن جابر رضي الله عنه: قال قرأ رسول الله صلى الله عليه وسلم سورة الرحمن حتى ختمها، ثم قال: ما لي أراكم سكوتا…الحديث. قال الترميذي: هذا حديث غريب لا نعرفه إلا من حديث الوليد بن مسلم عن زهير بن محمد. وقال الحاكم: صحيح على شرط الشيخين ووافقه الذهبي.
قلت: لا، وفي السند علتان:
الأولى: تدليس الوليد بن مسلم، فنحتاج إلى تصريحه بالسماع في كل طبقات السند.
الثانية: أن زهير بن محمد وإن كان صدوقا فإن أهل الشام إن رووا عنه، فتكثر المناكير في روايته. قال أحمد: كان زهير الذي روى عنه أهل الشام زهيراً آخر. قال الترمذي: يعني لما يروونه عنه من المناكير.
وقال البخاري: ماروى عنه أهل الشام، فإنه مناكير والوليد بن مسلم شامي وتابعه مروان بن محمد، ثنا زهير بن محمد به.
أخرجه البيهقي في الدلائل (2/232). ومروان بن محمد شامي أيضاً. وللحديث شاهد من حديث ابن عمر رضي الله عنهما. أخرجه البزاز (ج 3/ رقم 2269) وابن جرير في تفسيره (27/72) ، والخطيب في التاريخ (4/ 301) من طريق يحيى بن سليم الطائفي عن إسماعيل بن أمية عن نافع عن ابن عمر أن رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم قرأ سورة الرحمن فذكره بمثله. قال البزاز: لا نعلمه يروي عن النبي صلى الله عليه وسلم إلا بهذا الإسناد. وقال الشوكاني في فتح القدير (5/130) : صحح السيوطي إسناده
قلت: يحيى سليم الطائفي سيئ الحفظ كان يخلط في الأحاديث كما قال أحمد. أما صدقه فصدوق. وقال البخاري: ما حدث الحميدي عن يحيى فهو صحيح وليس هذا منها.

Dha’if (Lemah). Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-Tirmizi (3291), al-Hakim (2/473), Abu al-Syeikh dalam al-‘Uzmah (hlm. 194/2), al-Isma’ili dalam Mu’jam beliau (juz 1/hlm. 10/1-2), al-Bazzar sebagaimana dalam Ibn Kathir (4/237), Ibn ‘Adi dalam al-Kamil (3/1074) (5/1858), Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan (1/181), dan al-Baihaqi dalam Dalail al-Nubuwwah (2/232) melalui sanad al-Walid bin Muslim, katanya Zuhair bin Muhammad telah menceritakan kepada kami daripada Muhammad bin al-Munkadir daripada Jabir RA, katanya: Rasulullah SAW membacakan surah al-Rahman hingga selesai. Kemudian Baginda SAW bersabda: “Apakah sebab aku melihat kamu hanya berdiam diri?…”
Al-Tirmizi berkata: “Ini adalah hadith gharib, tidak kami ketahuinya melainkan melalui hadith al-Walid bin Muslim daripada Zuhair bin Muhammad”. Al-Hakim berkata: “Sahih berdasarkan syarat al-Bukhari dan Muslim”, dan dipersetujui oleh al-Zahabi.
Saya berkata: Tidak, dalam sanadnya terdapat dua kecacatan:
Pertama: Tadlis oleh al-Walid bin Muslim. Beliau perlu menyebutkan secara jelas lafaz Sama’ pada setiap peringkat sanad.
Kedua: Zuhair bin Muhammad, sekalipun beliau seorang yang Saduq (Benar), namun penduduk Syam apabila mereka meriwayatkan hadith daripada beliau, berlaku banyaknya riwayat-riwayat munkar dalam riwayat beliau. Ahmad berkata: Zuhair yang penduduk Syam riwayatkan daripada beliau adalah Zuhair yang lain. Al-Tirmizi berkata: Maksud beliau adalah disebabkan mereka meriwayatkan daripada beliau riwayat-riwayat yang munkar. Al-Bukhari berkata: Apa sahaja yang diriwayatkan oleh penduduk Syam daripada beliau, maka ianya riwayat-riwayat yang munkar. Al-Walid bin Muslim adalah penduduk Syam. Beliau telah disokong oleh Marwan bin Muhammad, katanya Zuhair bin Muhammad telah menceritakan kepada kami dengan sanadnya. Ianya telah dikeluarkan oleh al-Baihaqi dalam al-Dalail (2/232).
Marwan bin Muhammad juga penduduk Syam. Hadith tersebut juga ada sokongan melalui hadith Ibn ‘Umar RA. Ianya telah dikeluarkan oleh al-Bazar (juz 3/hadith : 2269), Ibn Jarir dalam Tafsir beliau (27/72) dan al-Khatib dalam al-Tarikh (4/301) melalui sanad Yahya bin Salim al-Ta’ifi daripada Isma’il bin Umayyah daripada Nafi’ daripada Ibn ‘Umar bahawa Rasulullah SAW membaca surah al-Rahman..lalu beliau menyebutkan seumpamanya. Al-Bazzar berkata: Tidak kami ketahui yang meriwayatkannya daripada Nabi SAW kecuali dengan sanad ini. Al-Shawkani berkata dalam Fath al-Qadir (5/130): al-Suyuti telah menilai sahih sanadnya.
Saya berkata: Yahya bin Salim al-Ta’ifi seorang yang buruk hafalannya. Beliau telah mengalami kecelaruan terhadap hadith-hadith sebagaimana disebutkan oleh Ahmad. Manakala, tentang sikap benar beliau, maka beliau seorang yang benar. Al-Bukhari berkata: “Hadith yang diriwayatkan oleh al-Humaidi daripada Yahya adalah sahih”, namun hadith ini bukan salah satunya.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs