Sesuatu (dosa) yang kecil tidak menjadi kecil dengan melakukannya berterusan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ليس صغير بصغير مع الإصرار، وليست كبيرة بكبيرة مع الاستغفار، طوبى لمن وجد في كتابه يوم القيامة استغفارا كثيرا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesuatu (dosa) yang kecil tidak menjadi kecil dengan melakukannya berterusan dan sesuatu (dosa) yang besar tidak menjadi besar dengan istighfar. Beruntunglah sesiapa yang mendapati buku amalannya dipenuhi dengan istighfar pada hari kiamat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2048, hadis nombor 10306. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي هريرة -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ليسَ صغيرٌ بصغيرٍ معَ الإصرارِ، وليست كبيرةٌ بِكبيرةٍ معَ الاستغفارِ، طوبى لمن وجدَ في كتابه يومَ القيامةِ استغفارًا كثيرًا.
[طب، وفي ((مسند الشاميين))، ((الضعيفة)) (5551)]

(Palsu)
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesuatu (dosa) yang kecil tidak menjadi kecil dengan melakukannya berterusan dan sesuatu (dosa) yang besar tidak menjadi besar dengan istighfar. Beruntunglah sesiapa yang mendapati buku amalannya dipenuhi dengan istighfar pada hari kiamat.
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir dan Musnad al-Syamiyyin. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5551]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.