TEKS BAHASA ARAB
ما من صباح يصبح على العباد إلا وصارخ يصرخ: لدوا للموت، واجمعوا للفناء، وابنوا للخراب.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tidak akan datang waktu pagi melainkan akan ada suatu teriakan yang berteriak: Lahirkanlah zuriatmu yang akan pasti mati, kumpullah hartamu yang pasti akan binasa, dan binalah bangunan-bangunan yang pasti akan runtuh kelak.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2048, hadis nombor 10305. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن أبي حكيم مولى الزبير -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما من صباح يصبح على العباد إلا وصارخ يصرخ: لِدُوا للمَوتِ، واجمعوا للفناء، وابنوا للخَرابِ.
[هب، ((الضعيفة)) (5556)]
(Lemah)
Daripada Abu Hakim hamba kepada al-Zubair RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tidak akan datang waktu pagi melainkan akan ada suatu teriakan yang berteriak: Lahirkanlah zuriatmu yang akan pasti mati, kumpullah hartamu yang pasti akan binasa, dan binalah bangunan-bangunan yang pasti akan runtuh kelak.
[Riwayat al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5556]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.