Sesuatu yang hilang daripada orang mukmin adalah ilmu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ضالة المؤمن العلم، كلما قيد حديثا طلب إليه آخر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesuatu yang hilang daripada orang mukmin adalah ilmu. Setiap kali dia menulis suatu hadis, dia mencari yang lain pula (hadis untuk ditulis).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1268, hadis nombor 6486. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن علي بن أبي طالب رضي الله عنه مرفوعا: ضالة المؤمن العلم، كلما قيد حديثا طلب إليه آخر.
[فر، ((الضعيفة)) (3813)]

(Palsu)
Daripada ‘Ali bin Abi Talib RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesuatu yang hilang daripada orang mukmin adalah ilmu. Setiap kali dia menulis suatu hadis, dia mencari yang lain pula (hadis untuk ditulis).
[Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3813]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.