TEKS BAHASA ARAB
الصفرة خضاب المؤمن، والحمرة خضاب المسلم، والسواد خضاب الكافر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Warna kekuningan adalah warna (rambut) orang beriman, warna kemerahan pula adalah warna (rambut) orang muslim dan hitam pula adalah warna (rambut) orang kafir.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1268, hadis nombor 6484. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن عبدالله بن عمر رضي الله عنهما مرفوعا: الصفرة خضاب المؤمن، والحمرة خضاب المسلم، والسواد خضاب الكافر.
[طب، عبد الغني المقدسي في ((السنن))، ك، ((الضعيفة)) (3799)]
(Palsu)
Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Warna kekuningan adalah warna (rambut) orang beriman, warna kemerahan pula adalah warna (rambut) orang muslim dan hitam pula adalah warna (rambut) orang kafir.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, 'Abd al-Ghani al-Maqdisi dalam al-Sunan, Mustadrak al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3799]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.