TEKS BAHASA ARAB
من لم يعرف [فضل] نعمة الله عليه إلا في مطعمه ومشربه؛ فقد قصر علمه، ودنا عذابه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang tidak mengetahui [kelebihan] nikmat Allah padanya melainkan hanya pada makanan dan minumannya, maka sungguh ilmu pengetahuannya cetek dan azabnya hampir.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 424, hadis nombor 2283. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عائشة – رضي الله عنها -، قالت: قال رسول الله ﷺ: «من لم يعرف [فضل] نعمة الله عليه إلا في مطعمه ومشربه؛ فقد قصر علمه، ودنا عذابه». [عد، خط، «الضعيفة» (5643)].
(Sangat Lemah) Daripada ‘Aishah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesiapa yang tidak mengetahui [kelebihan] nikmat Allah padanya melainkan hanya pada makanan dan minumannya, maka sungguh ilmu pengetahuannya cetek dan azabnya hampir." [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’ dan al-Khāṭib al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5643].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.
nikmat Allah padanya]